Saturday 1 March 2014

REZEKI YANG HALAL MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ALHAMDULILLAH HI RABBILALAMIN . WASOLATUWASALAM ALA ASHRAFIL AMBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WASOBBIHI AJMAIN ……
TERIMA KASIH TUAN PERNERAJU MAJLIS. YANG SAYA HORMATI BARISAN NERACA KEADILAN . PENJAGA MASA YANG SETIA DENGEN TIAP DETIKNYA . DAN WARGA DEWAN YANG SAYA KASIHI .
Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk bersama kita, berzikir  dan  mendengar  fikrah islamiyyah.
BEDIRINYA POKOK KERANA AKARNYA . BEDIRINYA RUMAH KERANA TIANGNYA .BEDIRINYA SAYA DISINI KERANA SAUDARA SAUDARI SEKALIAN YANG DUDUK SEDIA MENANTIKAN SYARAHAN SAYA YANG BERTAJUK REZEKI YANG HALAL MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP.
Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum saya lancar berbicara, izinkan saya menjelaskan beberapa kalimah penting yang menjadi intisari tajuk syarahan saya pada hari ini. Ya! Mengikut Kamus Dewan Edisi, Rezeki bermaksud segala bahan keperluan  untuk hidup. Manakala halal ialah tatacara hidup orang Islam yang menitik beratkan aspek kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Keberkatan pula bermaksud perkembangan dan kebaikan.
Wacana fikrah saya yang pertama : Mencari Rezeki Yang Halal Merupakan Satu Tuntutan Agama

Ini jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu mas’ud dari Nabi Muhammad SAW:
طَلَبُ الحَلاَلُ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ

Maksudnya : Mencari rezeki yang halal itu wajib bagi setiap orang Islam

Setiap manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain-lain sama ada untuk diri sendiri mahupun orang yang berada di bawah tanggungannya.

Mengimbau retetan peristiwa hijarah.Rasulullah SAW pernah berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama As Saib bin Abi As SAib dan ketika berusia 25 tahun, Baginda Rasulullah juga memperniagakan barang dagangan kepunyaan Siti Khadijah ke Syam. Jelaslah kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan tuntutan agama dan sunnah Rasulullah.

Hadirin pencetus minda bijaksana,
Wacana fikrah saya yang kedua, “ Rezeki Yang Halal Melahirkan Insan Soleh”
Usaha Rasulullah dalam melahirkan generasi Rabbani bertitik tolak daripada sumber rezeki yang berkat dan halal.  Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam melahirkan rakyat yang mempu mencari rezeki yang halal menerusi pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Manusia. Menyingkap kisah Saidina Abu Bakar as-Sidiq  yang telah menafkahkan seluruh jiwa dan hartanya untuk perjuangan Islam. Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad,
نعمَ الماَلُ الصَالِحُ للرَّجُلِ الصَّالِحِ
“ Sebaik-baik harta itu untuk manusia yang baik
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa “ Rezeki Yang Halal Menjana Insan Soleh”.



Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Wacana fikrah saya yang ketiga ialah “mencari Rezeki Yang Halal adalah satu Ibadat”
 Mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengan kehendak syarak. Firman Allah dalam surah Al Mukminun ayat 51.
Maksudnya : Makanlah rezeki yang halal dan lakukanlah amalan soleh.


Setiap amal soleh seseorang hamba adalah bergantung kepada makanan yang halal. Makanan, minuman dan pakaian yang haram menyebabkan doa seseorang tidak dimakbulkan  dan diri mudah terjerumus ke lembah maksiat. Lihat hari ini, ramai umat Islam yang melakukan ibadat tetapi masih melakukan maksiat akibat makan makanan yang haram.

Hadirin penjana transformasi Negara,
Wacana fikrah keempat berbunyi ““ Rezeki Yang Halal Mencetus Insan Berdikari”
Rasulullah merupakan insan paling berdikari apabila membesar sebagai seorang anak yatim. Allah berfirman dalam surah al-Jumu’ah ayat 10,

Maksudnya : “ Maka bertebarlah kamu di muka bumi dan carilah kamu daripada limpah kurnia Allah”.
Rasulullah telah memuliakan para sahabatnya yang mencari rezeki yang halal berbanding dengan yang hidup dengan hanya meminta-minta. Jutawan Internet,Irfan Khairi telah meletakkan sepenuh usaha berbekalkan ilmu yang ada dalam menjana pendapatan yang halal. Maka, terbukti di sini bahawa “Rezeki Yang Halal mencetus Insan Berdikari”


Wacana fikrah saya yang kelima : Rezeki yang halal menjana keluarga bahagia

Hadirin yang dimuliakan,

Apa yang kita makan akan menentukan segala tindakan dan amalan seharian. Rezeki yang halal menjerumuskan seseorang individu ke arah ketaatan kepada Allah, amal soleh dan akhlak mahmudah. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." ? (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah telah membuktikan, generasi di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat beramal soleh, berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan kemungkaran kerana ibu bapa masing-masing mementingkan sumber rezeki yang halal.


Wacana fikrah saya yang keenam : Rezeki yang halal dapat menjana ekonomi umat Islam
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Islam telah menggariskan pelbagai cara untuk mendapatkan rezeki. Perniagaan adalah satu cara untuk meningkat kan ekonomi.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Berniagalah kamu, 9/10 rezeki adalah menerusi perniagaan .
Malaysia terkenal dengan produk hub halal telah berjaya menjana ekonomi umat Islam dengan menembusi pasaran dunia.Jelaslah kepada kita ekonomi umat Islam menjadi lebih kukuh kerana keberkatan dari Allah SWT
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan
Marilah kita sama-sama mengamalkan cara hidup Islam dalam mencari rezeki yang halal kerana rezeki yang halal itu satu tuntutan agama yang mulia. Jadi, ingin saya tegaskan di sini bahawa ”Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup”.
Saya sudahi syarahan saya pada kali ini dengan lafaz yang mulia ” Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu a’laikum warahmatullahi wabarakatuh 



Sunday 24 November 2013

AHMAD AMMAR

AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki | melvister.com 

KENAPA COUPLE ITU HARAM

5 SEBAB KENAPA COUPLE ITU HARAM ............ 
PERTAMA .......:TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA .....:TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA ......:MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

SHOUTUL JANNAH

SHOUTUL JANNAH ..... NAMA NAK GEMPAK HAHAHA ... SHOUTUL JANNAH ADALAH BLOG PERIBADI AKU (MILZAM) DAN RAKAN KU (IZZUDDIN) .... WALAUPUN SEBENARNYA HANYA AKU SEORANG YANG MEMBUAT BLOG INI .... INSYAALLAH IZZUDDIN AKAN MENYUSUL ..... BLOG INI AKAN MENGUPAS TENTANG AGAMA,SUKAN,MOTIVASI DAN PELAJARAN ..... SEKIAN TERIMA KASIH  -MILZAM-