Saturday 1 March 2014

REZEKI YANG HALAL MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ALHAMDULILLAH HI RABBILALAMIN . WASOLATUWASALAM ALA ASHRAFIL AMBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WASOBBIHI AJMAIN ……
TERIMA KASIH TUAN PERNERAJU MAJLIS. YANG SAYA HORMATI BARISAN NERACA KEADILAN . PENJAGA MASA YANG SETIA DENGEN TIAP DETIKNYA . DAN WARGA DEWAN YANG SAYA KASIHI .
Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk bersama kita, berzikir  dan  mendengar  fikrah islamiyyah.
BEDIRINYA POKOK KERANA AKARNYA . BEDIRINYA RUMAH KERANA TIANGNYA .BEDIRINYA SAYA DISINI KERANA SAUDARA SAUDARI SEKALIAN YANG DUDUK SEDIA MENANTIKAN SYARAHAN SAYA YANG BERTAJUK REZEKI YANG HALAL MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP.
Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum saya lancar berbicara, izinkan saya menjelaskan beberapa kalimah penting yang menjadi intisari tajuk syarahan saya pada hari ini. Ya! Mengikut Kamus Dewan Edisi, Rezeki bermaksud segala bahan keperluan  untuk hidup. Manakala halal ialah tatacara hidup orang Islam yang menitik beratkan aspek kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Keberkatan pula bermaksud perkembangan dan kebaikan.
Wacana fikrah saya yang pertama : Mencari Rezeki Yang Halal Merupakan Satu Tuntutan Agama

Ini jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu mas’ud dari Nabi Muhammad SAW:
طَلَبُ الحَلاَلُ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ

Maksudnya : Mencari rezeki yang halal itu wajib bagi setiap orang Islam

Setiap manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain-lain sama ada untuk diri sendiri mahupun orang yang berada di bawah tanggungannya.

Mengimbau retetan peristiwa hijarah.Rasulullah SAW pernah berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama As Saib bin Abi As SAib dan ketika berusia 25 tahun, Baginda Rasulullah juga memperniagakan barang dagangan kepunyaan Siti Khadijah ke Syam. Jelaslah kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan tuntutan agama dan sunnah Rasulullah.

Hadirin pencetus minda bijaksana,
Wacana fikrah saya yang kedua, “ Rezeki Yang Halal Melahirkan Insan Soleh”
Usaha Rasulullah dalam melahirkan generasi Rabbani bertitik tolak daripada sumber rezeki yang berkat dan halal.  Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam melahirkan rakyat yang mempu mencari rezeki yang halal menerusi pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Manusia. Menyingkap kisah Saidina Abu Bakar as-Sidiq  yang telah menafkahkan seluruh jiwa dan hartanya untuk perjuangan Islam. Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad,
نعمَ الماَلُ الصَالِحُ للرَّجُلِ الصَّالِحِ
“ Sebaik-baik harta itu untuk manusia yang baik
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa “ Rezeki Yang Halal Menjana Insan Soleh”.



Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Wacana fikrah saya yang ketiga ialah “mencari Rezeki Yang Halal adalah satu Ibadat”
 Mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengan kehendak syarak. Firman Allah dalam surah Al Mukminun ayat 51.
Maksudnya : Makanlah rezeki yang halal dan lakukanlah amalan soleh.


Setiap amal soleh seseorang hamba adalah bergantung kepada makanan yang halal. Makanan, minuman dan pakaian yang haram menyebabkan doa seseorang tidak dimakbulkan  dan diri mudah terjerumus ke lembah maksiat. Lihat hari ini, ramai umat Islam yang melakukan ibadat tetapi masih melakukan maksiat akibat makan makanan yang haram.

Hadirin penjana transformasi Negara,
Wacana fikrah keempat berbunyi ““ Rezeki Yang Halal Mencetus Insan Berdikari”
Rasulullah merupakan insan paling berdikari apabila membesar sebagai seorang anak yatim. Allah berfirman dalam surah al-Jumu’ah ayat 10,

Maksudnya : “ Maka bertebarlah kamu di muka bumi dan carilah kamu daripada limpah kurnia Allah”.
Rasulullah telah memuliakan para sahabatnya yang mencari rezeki yang halal berbanding dengan yang hidup dengan hanya meminta-minta. Jutawan Internet,Irfan Khairi telah meletakkan sepenuh usaha berbekalkan ilmu yang ada dalam menjana pendapatan yang halal. Maka, terbukti di sini bahawa “Rezeki Yang Halal mencetus Insan Berdikari”


Wacana fikrah saya yang kelima : Rezeki yang halal menjana keluarga bahagia

Hadirin yang dimuliakan,

Apa yang kita makan akan menentukan segala tindakan dan amalan seharian. Rezeki yang halal menjerumuskan seseorang individu ke arah ketaatan kepada Allah, amal soleh dan akhlak mahmudah. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." ? (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah telah membuktikan, generasi di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat beramal soleh, berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan kemungkaran kerana ibu bapa masing-masing mementingkan sumber rezeki yang halal.


Wacana fikrah saya yang keenam : Rezeki yang halal dapat menjana ekonomi umat Islam
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Islam telah menggariskan pelbagai cara untuk mendapatkan rezeki. Perniagaan adalah satu cara untuk meningkat kan ekonomi.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Berniagalah kamu, 9/10 rezeki adalah menerusi perniagaan .
Malaysia terkenal dengan produk hub halal telah berjaya menjana ekonomi umat Islam dengan menembusi pasaran dunia.Jelaslah kepada kita ekonomi umat Islam menjadi lebih kukuh kerana keberkatan dari Allah SWT
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan
Marilah kita sama-sama mengamalkan cara hidup Islam dalam mencari rezeki yang halal kerana rezeki yang halal itu satu tuntutan agama yang mulia. Jadi, ingin saya tegaskan di sini bahawa ”Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup”.
Saya sudahi syarahan saya pada kali ini dengan lafaz yang mulia ” Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu a’laikum warahmatullahi wabarakatuh